CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jan 1, 2011

Farshi Turab(Dust is my bed)

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, sudah masuk tahun 2011 dan menandakan result exam dah keluar serta sesi kuliah yang baru akan bermula. TAHNIAH pd siapa yang beroleh keputusan yg cemerlang dan siapa yg beroleh result yg kurang memuaskan, tidak mengapa..kita cuba lagi di lain masa. Perjalanan masih jauh dan kita tidak digelar bodoh sekiranya kita gagal setelah berusaha.



Baiklah, saya nak mencuri masa anda semua berhenti daripada memikirkan perkara dunia untuk seketika. Lupakan sekejap pasal result, pasal kekecewaan, pasal keseronokan dan apa2 yg sdg bermain di fikiran kalian. Mari kita berfikir sejenak tentang perkara yang susah sangat kita nak ingat, iaitu mati.. Ya, tidak ramai yang mengatakan "Apakah aku akan mati esok,lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan, 3 tahun akn datang??" Tapi yang selalu bermain di fikiran kita "Bilakah aku akan menikah?" "Adakah 10 tahun lagi aku akan jadi kaya?" "5 tahun lagi aku mahu beli sebuah set banglo mewah" etc..Tapi adakah kita sedar yang kematian amat hampir dengan kita, ya mungkin kita tak ingat. Bagus hidup jika ada impian, namun jgnlah kita lupa bahawa kematian itu mnjemput kita tidak kira masa. Sentiasalah mengingat mati agar matlamat hidup kita tidak lari dan kita tidak menjadi golongan-golongan yang tercicir di jalanNya.

Bangunlah dari khayalan, ketepikan seketika angan-angan, kembalilah ke alam nyata. Bayangkan rohmu akan diambil pada bulan ini, oh tidak mungkin minggu ini,ah mungkin saja sekejap lagi!Kini apa yang kamu ada untuk kamu persembahkan kepadaNya?Sudah cukupkah segala amalan dan persedian untuk menuju gerbang akhirat?Cukup bersediakah untuk kita menempuh alam barzakh?Kemanakah kita akan pergi, adakah kita akan dihumban ke dalam panasnya api neraka tanpa sedikitpun belas kasihan atau kita disambut indah oleh bidadari-bidadari syurga? Saudara-saudaraku yang ku kasihi, marilah kita sama-sama menggandakan amalan kita demi mencapai mardhatillah. Masih belum terlambat. Jangan sampai nafasmu sudah berada di kerongkong baru nak bertaubat.


(Ya Allah, kematian ini sesuatu yang pasti dan tidak akan ada siapapun yang dapat mengelak daripadanya. Aku mohon padamu, matikanlah aku serta saudara2ku dalam husnul khatimah dan bukanlah mati dalam keadaan sia-sia. Kami tak layak ke syugaMu, namun kami juga takut azab nerakaMu)

Cuba hayati lagu yang yang menceritakan kematian dibawah ini(sila pausekan dulu playlist sy kat tepi sidebars 2,sbelum play video kat bwh nie)



Klik sini untuk download lagu Farshi Turab

“Masyari Al-Aradah”

فرشي التراب

فرشي التراب يضمّني وهو غطائي
حولي الرّمال تلفّني بل من ورائي  
واللّحد يحكي ظلمة فيها إبتلائي  
والنور خطّ كتابه أنسي لقائي  


والأهل أين حنانهم باعوا وفائي  
والصّحب أين جموعهم تركوا إخائي  
والمال أين هنائه صار ورائي  
والإسم أين بريقه بين الثناء
هذي نهاية حالي فرشي التراب


والحب ودّع شوقه وبكى رثائي
والدمع جفّ مسيله بعد البكاء
والكون ضاق بوسعه ضاقت فضائي
فاللّحد صار في جثّتي أرضي سمائي
هذي نهاية حالي فرشي التراب


والخوف يملأ غربتي والحزن دائي
أرجو الثبات وإنّه قسما دوائي
والربّ أدعوا مخلصا أنت رجائي
أبغي إلهي جنّة فيها هنائي


~untuk menjadi yg terbaik masih belum kumampu, namun kucuba sedaya upaya

SmileyCentral.com

4 komen anda:

Nur Mujahidah Wa Syuhada' said...

Mohon izin share di FB ye.. =)

NiaNurani said...

@Nur Mujahidah Wa Syuhada'

owh silakan..xperlu minta izin..jumpe jugak enti cari ana yer..^_~

maCy said...

thx for d sharing~

Izzati Hashim said...

Suka lagu farshi turab ni (=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponsor