CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nov 16, 2010

~Salam Aidiladha~Antara ketaatan, cinta dan pengorbanan

Assalamualaikum w.b.t..Salam dan selawat buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dan salam buat ahlul bait serta para sahabat, para shuhada, mujahidin mujahidah, dan tidak lupa pada para pejuang Din Allah. Semoga redha Allah bersama kalian..
"Allah yang memiliki apa yg ada di langit dan apa yg ada di bumi. Celakalah bagi org yang ingkar kpd Tuhan kerana seksaannya sgt berat, (iaitu) org yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi(manusia) dari jalan Allah dan menginginkan (jalan yang) bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh" 
(QS 14 : 2-3 )

Pada hari esok, semua umat islam di sini akan menyambut hari raya korban. Hari raya korban ini istimewa kerana ia merupakan hari untuk memperingati kisah pengorbanan dan ketaatan seorang nabi Allah, iaitu Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT.

"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk org yang saleh." Maka kami beri khabar gembira padanya dgn (kelahiran) seorg anak yg sangat sabar(Ismail). Maka ketika anak itu sampai(pd umur) sanggup berusaha brsamanya, (Ibrahim) berkata, "Wahai anakku!sesungguhnya aku berbmimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah pendapatmu!" Dia(Ismail) menjawab, Wahai ayahku! Lakukanlah apa yg diperintahkan(Allah) padamu, insya Allah engkau akn mendapatiku termasuk orang yang sabar." Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia(Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipisnya(utk melaksanakan perintah Allah). Lalu kami panggil dia, "Wahai Ibrahim! sungguh engkau telah membenarkan mimpi itu. Sungguh, demikianlah kami memberi balasan kpd orang-orang yg berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dgn seekor sembelihan yang besar..."
(QS 37 : 100-107 )

Di sebalik kisah ini, dua dimensi pengorbanan yang dapat kita jadikan sebagai iktibar. Pertama pengorbanan seorang ayah yang sudah lama menantikan kelahiran seorang anak, terpaksa disembelih pula demi ketaatannya pada perintah Allah. Kedua, keyakinan yang penuh dan kesabaran Nabi Ismail dalam memenuhi tuntutan Allah terhadapnya. Nabi Ismail sanggup mengorbankan nyawanya sendiri dan sebagai seorang anak baginda sanggup mengorbankan kasih sayang pada kedua ibu bapanya. Inilah yang dinamakan cinta agung, meletakkan cinta Allah mengatasi cinta sekalian makhluk. SubhanaAllah..

Begitu besar sekali pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya ini. Bukankah Nabi Ibrahim begitu menginginkan seorang anak? Kenapa setelah dikurniakan anak terpaksa pula baginda menyembelihnya? Ini semua disebabkan tunjang cinta mereka kepada Allah SWT. Bolehkah kita umat Islam sekarang mencapai tahap pengorbanan setinggi itu? Sanggupkah seorang Muslim itu menerima takdir dengan pasrah seperti kematian atau kehilangan orang yang disayanginya? Atau adakah kita lebih banyak mempertikaikan takdir yang telah Allah SWT aturkan? Mungkinkah ada lagi pada zaman serba canggih ini, remaja sehebat Nabi Ismail yang sanggup berkorban nyawa, kasih dan keseronokan zaman remajanya demi ketaatan dan kecintaan kepada Allah Taala?
(Soalan-soalan ini menjentik hatiku..Ya Allah cabutkanlah ketakutan dalam diriku utk berkorban di jalanMu)

Semoga peristiwa ini sentiasa menjadi ibrah buat kita semua. Akhir kata, nia mengucapkan salam eiduladha buat keluarga yang jauh di mata(tahun ni xraya dgn mereka), buat sahabat-sahabat yang selalu dalam ingatan, teman-teman blogger, saudara-saudara seislam dan buat semua yang mengenali diri ini. Bersama-sama kita selami dan hayati erti pengorbanan pada hari raya korban ini.



ps:-ni kali kedua nia beraya tanpa ibu dan ayah disisi..tahun lepas mereka beraya di mekkah..tahun ni nia yg tak dpt pulang..Ya Allah kurniakanlah kegembiraan kpd kedua orang tuaku meskipun kami tidak dpt beraya brsama..

~untuk menjadi yang terbaek masih juga belum kumampu, nmun kucuba sedaya upaya

SmileyCentral.com

6 komen anda:

ghost said...

salam aidil adha nia.

tokey kedaii-kopi said...

salam aidiladha..

pensel kayu said...

uhu..selamat hari raya,sabaq2,jgn sedih,itukan pengorbanan namanya :)

Musafir Cinta Ilahi said...

@en biskut,sipenggali kubur
-salam aidiladha juga buat anda..=)

@muhammad zahrawi
-selamat berkorban..^__^

ps/:sy xrunsing perasaan sy..tp risau perasaan org tua sy kt kg..sbb tak de org yg pulang taun nie..Ya Allah kurniakan kegembiraan pada kedua org tuaku..

nur said...

salam aidiladha!
k.nia, jgn sedih2..:)

Musafir Cinta Ilahi said...

@nur
-salam eidul adha kembali..trimas ye nur..udah nggak sedih lgi...hehe..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponsor