CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Oct 30, 2010

Oh, ujian bertamu lagi!!


Assalamualaikum w.b.t. Maha Suci Allah menjadikan alam ini serta seluruh isinya. 
"Dan milik Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal."[Ali-Imran :189-190]


Oh, ujian bertamu lagi!!
Sangka manusia, Allah tidak menyayangi mereka lantaran musibah dan ujian yang datang menimpa-nimpa. Ya!Manusia memang suka bersangka! Sangkaan yg dibisikkan oleh syaitan itu sudah tentu tidak benar sama sekali. Allah memberi ujian untuk mmberitahu hambaNya betapa kasihNya pada kita. Apabila kita diuji bersyukurlah kerana Allah masih ingat akan kita semua. Bayangkan orang yang hidupnya tiada ujian, apakah mereka masih mengingati Allah di dalam hatinya? Apakah kita melihat kesenangan yang diberikan oleh Allah itu adlah satu kelbihan semata-mata??

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
 [Al-Ankabut 29:2-3]

Setiap manusia di atas muka bumi ini tidak lari daripada diuji. Diuji dengan kesedihan, kematian, kegagalan, kekecewaan, kesibukan dan bermcam-macam lagi. Bukankah kesenangan juga merupakan satu ujian yang agak berat? Kadang-kadang kita salah mentafsir nikmat dan ujian yang dihadiahkan Allah. Kita selalu menganggap nikmat sebgai reward manakala ujian sebagai punishment. Cuba kita buka minda dan lapangkan dada. Allah menguji kita dengan pelbagai cara, salah satunya melalui nikmat kurniaanNya. Apakah kita sudah berkedudukan selesa bila kita memperoleh nikmat Allah? Ingatlah kebanyakan daripada nikmat itu adalah ujian!Dan dalam kebanyakan ujian itu tersimpan sejuta 
kebaikan dan rahmat!SubhanaAllah!!


Kenapa mahu bersedih?? Allah telah memilih kita semua untuk diuji tahap keimanan sedangkan ramai yang terbiarkan dilalaikan. Mahukah kita menjadi orang yang terlalai? Wahai sahabatku sekalian, ya kuakui bibir senang mengucapkan sabar.. namun hatilah yang menderita menanggungnya. Pasakkan janji Allah di dada kita, selamilah lautan rahmat dan keredhaan Allah agar ujian yang datang disambut dengan penuh rasa syukur. 

Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin, semua perkara(yang terjadi pada) 
dirinya selalu baik untuknya. Kalau mendapatkan kesenangan, ia terus bersyukur. Maka itu sangat baik untuknya. Dan kalau tertimpa musibah, ia terus bersabar. Dan ini pun menjadi baik untuknya."
(Riwayat Muslim no 2999)

Lupakah kita pada kekasih kita Rasulullah s.a.w yang hebat diuji. Ingatkah kita saat Nabi dilemparkan dengan batu di Taif sehingga darah mengalir daripada kedua kaki baginda yang suci ketika mahu menyampaikan risalah dakwah?? ingat lagi ke kita saat Rasulullah dan keluarga baginda dipinggirkan, dipulaukan dan diboikot oleh orang-orang musyrik sehingga rasulullah berhadapan dengan kesulitan yang teruk hasil pemboikotan itu? Ingat tak lagi kita pada kekasaran Abu Jahal pada Nabi ketika Nabi sedang solat?? Sedangkan Nabi Allah yang mulia diuji dengan sebegitu hebat, siapalah kita untuk menidakkan ujian yang datang. 
Ujian yang hebat hanya untuk orang yang hebat!


ps:-kita sama2 diuji..post ini adalah peringatan untuk diriku sendiri..syurga itu terlalu mahal harganya..jadi wajarlah jalan-jalan kesana dipenuhi liku..

~untuk menjadi yg terbaik juga masih belum kumampu, nmun kucuba sedaya upaya
SmileyCentral.com

6 komen anda:

murabbi said...

manusia dan ujian mmg x bleh dpisahkan...sma ada dlm bntuk nikmat atau nikmah...hurm...sejauh mana susah ujian itu...itulah ukuran iman kita...bruntunglag bgi mnusia yg sbr dlm hadapi ujian ni.moga kita tergolong dlm org yg sabar...
"jangan diminta ringankan ujian..jangan diminta diberatkan ujian..jangan diminta adanya ujian..tapi mintalah kekuatan dan ketabahn dlm mnghadapinya."

l bro m said...

semoga tenang dah tabah ya ukhit cahya mata =b

NiaNurani said...

@kak murabbi
-syukran kak ats peringtan..^___^
moga Allah kuatkan iman kita semua utk mnhdapi ujian2 yg bkal mndtg..amin..

@bro m
-syukran alaika shbt!mudah-mudahan Allah permudahkn segala urusan bro m..=)

mujahidah nur said...

Jadi,tanamkanlah dalam diri mulai saat ini bahawa ujian ALLAH itu tanda kasih dan sayang dari ALLAH kerana itu bermakna ALLAH ambil tahu dan peduli dengan diri kita. ALLAH menguji kita sebenarnya adalah utk mengukur sejauh mana tahap iman kita sebenarnya. Hadapilah ujian dan dugaan dari ALLAH dengan keimanan,ketakwaan dan kesabaran. Moga-moga kita sentiasa berada dibawah payung rahmat,redha dan kasih sayangNYA. Mari sama-sama kita amalkan doa ini:


(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.(2:286)

terus CEKAL JUANG kak nia!!!!

Najmuddin 'Ulwan said...

jom hayati lirik nasyid yg ana nk tinggalkan ni..=D

" Ujian adalah..TARBIYYAH dari Allah..Adakah kita akan sabar, ataupun sebaliknya..kesenangan yang datang selepas kesusahan..semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

Alhamdulillah..Mabruk Alaik..=D

NiaNurani said...

@nur
-syukran ya ukhti nur..^___^
ana bngga pnya adik spertimu..andaikata ujian itu ditkdirkn utk ana, ana redho..moga kite dikuatkn iman dlm menempuh mehnah ini..insya'allah..

najmuddin 'ulwan
-owh..lagu nie..~kehidupan~..dah lame tak dgr lagu nie..syukran mengingatkn kmbali ttg pahit manis prjuangan..moga Allah permudahkn urusan anta..(:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponsor