CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Apr 17, 2011

Zinnirah Bintang di Malam Hari

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

HATINYA YANG CELIK WALAUPUN MATANYA buta

Siapakah gadis yang matanya dibutakan tapi hatinya sentiasa celik itu?? Zinnirah, begitulah indah namanya. Tapi ini jarang diperkatakan orang bahkan mungkin tidak pernah disebut langsung. Wanita ini tidak mempunya kelulusan, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Tapi Allah S.W.T memuliakan dia, Allah memberi penghormatan yang tinggi padanya kerana pengorbanannya yang begitu hebat kepada Allah dan Rasul.

Zinnirah, wanita suci yang mempunyai akidah tauhid yang begitu kental, walaupun fizikalnya diseksa dengan kesakitan , penderitaan , kesusahan tapi hatinya tetap pada Allah. Dia menerima penyeksaan itu walaupun seluruh tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan , sepakat demi sepakat , hantukan demi hantukan , tapi demi Islam , buatlah apa sahaja Zinnirah tidak akan menyerah kalah.

Jiwa tauhid telah menebal dalam dirinya , tidak ada suatu pun memberi bekas melainkan kekuasan Allah. Dunia dan segala isinya bukanlah matlamat.Sekalipun dionggokkan amas seberat gunung Uhud, dia tidak akan meukarkan aqidah yang telah bertunjang di hatinya.

Kisah Zinnirah seorang wanita yang nampak lemah fizikalya tapi sebenarnya dia mempunyai jiwa yang kuat biarpun ujian yang diterima dating bertubi-tubi bahkan penderitaan yang diterima itu sebenarnya menambahkan lagi keyakinan dan cintanya terhadap Islam.

Dengan hanya penderitaan yang diterima itu menambahkan lagi rasa cinta kepada Allah, rasa rindu untuk mengadu pada Allah , semakin banyak sujudnya , semakin deras air matanya melimpah di pipi yang cengkuh bahkan dirinya semakin tawaduk apabila berhadapan dengan manusia lain. Iaitu Zinirah , wanita yang mendapat pimpinan dan kasih saying Allah.

Menurut riwayat silam, Zinnirah adalah di antara orang yang awal memeluk Islam.Maka Zinnirah banyak menerima berbagai penderitaan , kecaman , kata nista dan penindasan.Beliau yang berketurunan bangsa Rom telah ditawan dan dijual di Kota Makkah.Umar membelinya dengan harga yang murah dan dia kini menjadi hamba Umar sekaligus menjadi orang tawanan Umar.

Dia bersolat,membaca Al-Quran atau apa sahaja ibadah yang lainnya dilakukan ketika orang tiada di rumah atau di waktu tengah malam apabila orang lain sedang nyenyak tidur.Maka di waktu itulah dia sujud kepada Allah dengan linangan air mata , membaca Al-Quran dan apabila tiba pada ayat menceritakan dahsyatnya api neraka, maka menangislah dia sehingga pengsan

Rahsia yang cuna disembunyikan akhirnya diketahui musuh.Umar dengan perasaan bengis segera mendapatkan hambanya. Sebelum ini Umar juga mengesyaki Zinnrah telah bertukar agama kerana dilihatnya banyak perubahan pada diri Zinnirah.Antaranya Zinnirah kurang makan , lebih banyak berdiam diri , lebih suka mengurung dirinya dalam bilik dan akhirnya apa yang disyaki selama ini benar-benar berlaku.

Zinnirah diseksa dengan begitu dahsyat. Beliau telah ditampar, ditendang, diikat kedua belah kaki dan tangannya, dijemur di tengah panas mentari. Bayangkanlah panasnya padang pasir di waktu siang dan terlalu sejuk di waktu malam hari, badannya dihempap denagn batu dan 1001 macam penyeksaan yang diterima.

Tapi itu semua sedikitpun tidak memberi kesan di hati Zinnirah, bibirnya yang merekah kerana lapar dan dahaga itu masih mampu menguntum senyuman, hatinya tidak putus-putus menguntum senyum, hatinya tidak putus-putus mengucap” Allah, Allah , Allah, Allah Akbar, Allahlah Yang Maha Besar.”

Dan hatinya berbisik.” Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini memang berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapatkan syurga bahkan menagih ujian berat sedangkan neraka itu….dipagari ribua ni’mat.

Begitulah ungkapannya yang menjadi penawar untuknya. Kemncak penyeksaan yang diterima Zinnirah ialah matanya telah dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah segala pandangannya.Hatinya masih berbisik lagi walau cubaan berat yang diterima. ”Tuhan, walau aku mati dibunuh, aku lebih rela dari menjual agamaMu ini Tuhan, makin aku diuji makin terasa kehebatan, keagunganMu. Panahan cinta dariMu itulah makin menguatkan diri untuk menerima apa sahaja, Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada orang yang menyeksaku ini.

Zinnirah tetap sabar menanggung ujian berat itu. Walaupun matanya buta untuk melihat alam nyata  tetapi hatinya tidak buta untuk menerima cahaya kebenaran Islam. Bukankah pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir.

Apabila melihat keadaan Zinnirah, orang-orang Quraisy cuba mempermain-mainnya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari tuhan mereka Latta dan Uzza. Zinniah menolak penghinaan itu dan baginya Latta dan Uzza sedikitpun tidak ada kena-mengena. Dan Zinnirah cuba meyakinkan mereka buta ini sebenarnya datang dari Allah dan Allah-lah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

Berlakulah sedikit kekecohan, orang-orang Quraisy mencabar Zinnirah kerana mempertahankan dirinya. Zinnirah dengan yakin dan tegas tetap mengatakan Allah sebenarnya menentukan dia buta hasil perbuatan Umar. Maka turunlah ayat Al-Quran memuji sikap Zinnirah ituyang disampaikan melalui Rasulullah SAW. Sebabnya Umar berhenti menyeksa Zinnirah kerana bosan melihat ketabahan hatinya, walaupun diseksa dengan berbagai rupa tapi keyakinannya sedikitpun tidak berubah. Malah semakin kuat penyeksaan yang dilakukan semakin kuat pula pautan hatinya kepada Allah.

Allah memberi karamah kepadanya, mata yang buta itu Alah ganti dengan mata yang lebih baik dan dia dapat melihat seperti biasa, lebih terang dari matanya yang asal, bahkan sinaran matanya telah menyilau pandanagn orang-orang Quraisy.Demikianlah pertolongan Allah kepadanya bagi menguatkan lagi keimananya. Saidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga yang tinggi. Maka selamatlah beliau dari penindasan orang-orang kafir.

Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah memerhati dirinya. Setiap detik, setiap saat, ia sentiasa diperhati. Bial nafsunya mengajak mengajak berbuat sesuatu yang mungkar, cepat-cepat pula hatinya bertindak balas dengan mengata Allah Yang Maha Melihat. Dan nafsu yang ganas dan memberontak apabila datang  mengusik jiwa cepat-cepat ditepis dan dihalanginya.

Hatinya dipimpin oleh Allah, setiap tutur katanya setiap perbuatannya, setiap tingkah lakunya bahkan apa sahaja perbuatan yang dilakukan adalah benar-benar terpimpin. Sifat sombong , bangga diri , hasad dengki, jahat sangka , gila dunia , pemarah, bakhil dan lain-lain mazmumah telah dibuang jauh-jauh darinya . Sifat yang jahat ini telah dibuang ke lautan dalam.

Inilah sifat Zinnirah, apabila dia melihat sesuatu benda di dunia ini sama ada bunga yang cantik dan harum atau pemandangan yang indah akan terasalaholehnya kewujudan dan kebesaran Allah, ia benar-benar merasakan kekuasaanNya, kebesaran, keagungan dan kesempurnan Allah dan hati kecilnya tidak putus-putus memuji dan mengagungkan Allah.

Hati dan jiwa sedemikianlah yang merasa aman dari kongkongan hawa nafsu. Mereka inilah yang mendapat pemeliharaan Allah dan menjamin jaminan syurga dari Allah kelak.Merasa harap dengan pemurahnya Allah, merasa takut dalam naungan Allah, marasa hina dalam kebesaran Allah. Inilah kemerdekaan yang telah diiktiraf oleh Allah dunia akhirat.

Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tapi terkenal di langit, selurih malaikat sentiasa mendoakan untuknya. Dan tidaklah kita teringin umtuk mengikut jejak langkahnya? Marilah kita berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah agar kita dipimin oleh Allah sebagaimana yang diperolehi oleh Zinnirah, INSYA’ALLAH.

~untuk mnjadi yg terbaik masih belum kumampu, namun kucuba sedaya upaya 

0 komen anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponsor