CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nov 27, 2010

^^ MAHU tapi MALU ^^

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, setelah lama menyepikan diri tatkala bahana exam yang melanda, Allah telah mengurniakan ilham untuk dikongsi bersama. Post saya pada kali ditujukan buat semua insan muslimah yang saya kasihi dan sayangi sekalian..
"Demi matahari dan sinarnya di pagi hari,
Demi bulan apabila mengiringinya,
Demi siang apabila menampakkannya,
Demi malam apabila menutupinya(gelap gelita),
Demi langit serta pembinaannya(yg menakjubkan),
Demi serta penghamparannya,
Demi jiwa serta pnyempurnaan (ciptaan)nya,
Maka Dia mengilhamkan kpdnya(jalan) kjahatan dan ketaqwaannya,
sungguh beruntung org yg mensucikan jiwa itu,
dan sungguh rugi org yg mengotorinya.."
[QS 91 : 1-10]

Ya, aku mahu tapi malu.. 
Mahu apa??Malu pada siapa??
Mahu Dia...Malu pada orang di sekeliling..
Kalau mahu pergi sajalah padaNya,
usah dihiraukan orang disekeliling..
Tapi aku penuh dosa, mahukah Dia menerima aku??
Apa kata orang nanti..??

Seringkali hati menduga perasaan naluri dengan kata-kata di atas..
Ramai hati-hati yang terjentik untuk melakukan perubahan demi mendekatkan diri pada Allah SWT. Ramai yang jatuh hati padaNya. Tapi ramai juga yang membiarkan begitu saja naluri yang bertandang..Katanya 'belum tiba masanya lagi utk berubah'...Duhai teman bilakah masa itu??

Mulakanlah langkahmu dalam menuju ke arahNya. Kutahu hati kalian penuh disaluti kecintaan padaNya. Cuma mungkin kalian tidak mahu dipersendakan akibat daripada perubahan yang dilakukan. "Eh, sejak bila pula kau jadi mcm ustzah ni".."Eh, tak payah nk berlagak alim la..".."Perasan warak la kau nie".."Eh, kau masuk gerakan ape ni sampai jadi gini"..Ni lah contoh-contoh ayat yang menggerunkan bagi seorang wanita untuk mengaplikasikan tranformasi diri ke arah yang lebih baik dan mengikut syariatnya. Penerimaan kawan-kawan menjadi satu masalah.

Janganlah malu untuk mulakan langkah. Buatlah perubahan sedikit demi sedikit kerana Allah Maha Teliti penilaiannya.. Paksakan hatimu untuk mendekati majlis2 ilmu atau orang2 yang dapat mengingatkanmu padaNya. Biar hatimu cukup tertaut agar kamu tidak akan berpaling dariNya di kemudian harinya. 

"..barang siapa bertaqwa kpda Allah, pasti Dia akan meunukkan jalan keluar baginya." 
[QS 65 : 2 ]

Teman, aku mengerti perasaanmu..cukup mengerti dan Allah jauh lebih mengerti perasaanmu daripada dirimu sendiri. Aku juga sepertimu dulu, jauh dari kasih sayangNya. Namun aku tidak mahu diriku selamanya jauh dariNya..Kerana ketenangan itu hanya ada padaNya. Segala ketetapanNya memberikan jutaan rahmat buat kita. Jadi masihkah ada perasaan malu dengan kata-kata yang bakal kamu terima kelak??Biarkan saja..

Bagaimana pula dengan keluarga??Ya..mungkin kamu juga akan menghadapi penangan hebat daripada keluarga jika latar belakang keluarga yang kurang faham dengan syariat Islam. Jangan khuatir teman, jika kamu permudahkan urusan ALLAH, ALLAH pasti akan mempermudahkan urusanmu. Yakinlah denganNya. Mungkin pada mulanya keluarga kamu susah untuk menerima perubahan yang kamu lakukan. Tapi percayalah, dalam masa yang sama Allah gerakkan hati mereka dengan pesona akhlak yang ditunjukkan olehmu. Berdoalah pada Allah mudah-mudahan hati keluarga kita dilembutkan oleh Allah dan disinari cahaya hidayah.

Kalau dosa yg menjadi halangan untuk berubah, sampai bila mahu tunggu untuk tidak berdosa? Selain Nabi adakah manusia lain yang bersih daripada dosa?? Kembali pada sirah, Saidina Umar Al-Khattab yg dahulunya sebelum memeluk Islam sangat bencikan Islam. Bayi-bayi perempuan dibunuhnya termasuk anaknya sendiri. Panglima perang Khalid Al-Walid sebelum memeluk Islam, berapa ramai dia membunuh tentera-tentera Islam di medan perang. Namun, selepas nur Islam menyelinap dalam sanubari, merekalah orang yang paling bertaqwa pada Allah. Allah itu Maha Pengampun. Kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya..


Tatkala hidayah Allah menyapamu sambutlah ia dengan kesyukuran kerana hanya yang terpilih untuk mendapat hidayahNya. Jangan berlengah lagi kerana mungkin hidayah itu hanya datang sekali sahaja. Usah MALU untuk BERUBAH ke arah kebaikan..

وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
“Allah memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.” 
[QS 2 : 213]

"Ya ALLAH, Kau iringilah kekuatan kepadaku dan keluargaku serta sahabat2ku untuk tetap berada di atas jalanMu. Janganlah Kau mengambil kembali nikmat Islam dan Iman yang telah Kau kurniakan kepada kami. Dan bantulah, serta pimpinlah kami ke arah lorong cahayaMu. Kami hanyalah hamba hina yang penuh dosa yang memerlukan nur hidayah daripadaMu.."

~untuk mnjadi yg terbaik masih belum kumampu, nmun kucuba sedaya upaya

SmileyCentral.com

8 komen anda:

murabbi said...

jalan2 ziarah..
alhamdulillah, entry yg mmbri smngat dn mnginsafkan..
hum,
moga sama2 kita mnyahut seruanNya utk mnjdi pnghuni jannah dan..
semoga kita istqamah wlau di mana brada utk tgakkn klimah tauhid..
syukrn atas entry ni..
sgt brmkna..

soutulmujahid.com said...

alhamdulillah. satu artikel yang baik..

lelaki punye xde ke? hehe

emm.. tulisan terang sangat. sakit mata baca...

Musafir Cinta Ilahi said...

@murabbi
-afwan kak..insya'allah..mudah-mudahan hati yg mudah terpaut pd Allah tu, dibukakan jln kemudahan baginya..utk memulakan perubahan mmg susah pd awalnya..namun stelah melakukan perubahan, keistiqamahan lagi susah nk dipertahankan..
"Ya Allah, moga Kau selalu dihatiku dan di hati mereka2 yg aku sayngi.."

@soutulmujahid
-terima kasih..setakat ni lelaki pnye xder..sbb sy tdak tahu bgaimna corak hidup seorng lelaki..(unpredictabble..hehe)
kalau perempuan sy lebih dekat dgn mereka..jadi hati dan jiwa mereka snang nk difahami..kan sy perempuan,=)


ps:-saya dah tukar tulisan..trimas ats komen=)

soutulmujahid.com said...

kena kawin dulu la baru tau jiwa lelaki :p

Musafir Cinta Ilahi said...

@soutulmujahid
hmm..mcm tu pulak..mungkin,,(^^,)

L Bro M said...

Macam-macam, selamat dilatih untuk nia nanti ye

hidayu samsudin said...

SALAM..
BGUS N3 NI.BETUL MEMBINA...

Musafir Cinta Ilahi said...

@bro m
-???xfaham..pepun slmt bercuti buat bro m..=)

@hidayu
-yg mane baik kite ambil..yg mane buruk kita tolak ke tepi..terima kasih ya ukhti..(^^,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponsor