CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sep 11, 2010

Coret-coret Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t dan salam lebaran pada sahabat taulan dan pengunjung semua. Macam mana dengan sambutan aidilfitri? Pastinya meriah sekali..Saya yakin kemeriahan di pagi syawal masih terasa meski hari ini sudah masuk 2 syawal. Bak kata kakak saya yang berada di johor "Orang johor raye sebulan". Ye ke??Saya pun xtau, kenalah tanye org johor. Kalau kat tempat saya, org beraya juz hari raye pertama dan raye kedua. Lepas pada tu dah tak dapat duit raya..hehe

Hari raya tahun ni, agak meriah daripada tahun2 yang lepas. Mungkin bilangan ahli keluarga yang semakin bertambah. Rumah xpayah cakap la, memang sesak dengan hantunya..eh, silap bukan hantu..menantu, dengan cucunya. Jenuh nak melayan. Teringat waktu last berbuke puasa. Meriah satu kampung!Tu pun ada lagi yang belum sampai kat rumah.


Malam raya tu, abag2ku dan abang2 iparku dengan kreatifnya melaksanakan program yang mereka dah lama rancangkan, iaitu barbeque. Memang seronok bila ramai-ramai. Terasa hubungan ukhwah itu kuat.


Lain pula dengan budak-budak. Sibuk duk main bunga api yang berharga seposen tu. Nama lagi budak-budak, tak sah kalau hari raya tak main bunga api. Yang paling kecik pun nak join sekali. Kalau tak bagi, nangis pula. Kalau dah bagi takut membahayakan dia. Budak..budak...

Bila tiba pagi syawal macam biasa, lepas solat sunat hari raya kami sekeluarga bermaaf-maafan. Tiba-tiba abangku yang terkenal dgn kenakalannya(suke mengusikku) menghulurkan tangan padaku sambil berkata "Tin, kau tak nak raye dengan aku ke??"(mukanya cam biasa tersengih menampakkan giginya). Saya sambut je, tapi saya sempat lihat matanya. Ade kesan air mata. Abang saya menangis??Untuk apa?? Setahu saya dia jenis yang sempoi+otai dan tak main la nangis2 ni. Tapi pada pagi syawal kelmarin saya dapat lihat air matanya.(tp syuman xlekang dibibir) Mungkin perasaannya tersentuh bila meminta maaf berdakapan dengan ayah.(sape suh nakal2). Saya pun berseloroh dengannya supaya suasana sedih tu tak berjangkit pada saya.(^_^)

Selepas berslaman di rumah jiran-jiran, sudah jadi kebiasaan kami semua akan balik ke kampung ibu di besut untuk beraya dengan saudara-mara di sana. Hanya nenek sebelah ibu je yang kami ada. Tok yang lain sudah pulang ke rahmatullah(moga roh mereka disemadikan dgn aman dan ditempatkan diklgan org2 yg beriman~Al-Fatihah). Sesampainya di sana, memang sudah dijangka adik beradik ibu dan sepupuku bergelimpangan di rumah nenek. Sepupu2ku ramai yang lelaki. Yang perempuan ciput je. Keluargaku je ramai perempuan.

Sebelum bertolak(kat ats tu rumah nenek sebelah ayah)
ni umah nenek sebelah ibu
Memang seronok dapat kumpul ramai-ramai macam ni. Bila semua orang gembira, saya pun gembira juga. Orang yang paling bahagia tentulah ibu saya. Seronok berhari raya jangan pula terlupa pada yang sudah tiada. Sama-sama lah doakan mereka tenteram di alam sana. Akhir kata daripada saya, semoga hari lebaran ini memberi kenangan bermakna pada semua. Salam Aidilfitri~

Warna-warni Aidilfitri


ps:-dah besar pnjang pun, dpt duit raye lagi. makin besar makin banyak dpt duit rayer..^_^


~untuk menjadi yang terbaik masih belum kumampu, nmun kucuba sedaya upaya


Outlined Text Generator at TextSpace.net

2 komen anda:

l bro m said...

selamat hari raya buat nianurani sekeluarga, mudahn berjumpa dgn permata yg dicari tu ya...
smga sihat dan cepat sembuh

NiaNurani said...

>bro m

salam aidilfitri juge buat bro m sekeluarga..=)
alhamdulillah..skrg sudah sihat,,
insya'allah, akn brjumpa dgn permata yg dicari tue..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponsor