CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Aug 14, 2010

Wajah Suci Itu Tidak Berdosa!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera^_^ pada semua..Alhamdulillah hari ini masuk hari ke-4 kita berpuasa. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih menberi peluang untuk kita menikmati solat subuh dan udara pagi yang segar dan nyaman.

Sekarang umat Islam berlumba-lumba mengejar pahala dan berkat di bulan Ramadhan. Masjid-masjid penuh dengan hati-hati yang menuju kepadaNya. Golongan pak cik, mak cik, orang dewasa mahupun kanak-kanak turut serta dalam memeriahkan solat terawih. Ibu-ibu yang mempunyai anak kecil juga tidak mahu ketinggalan dalam merebut pahala di bulan barakah ini.

 Sangggupkah kita lihat wajah ini dizalimi..

Sewaktu terawih yang lepas, saya amat tertarik melihat seorang ibu menghandle anaknya yg masih kecil(bayi) di sebuah masjid. Ibunya mahu solat tpi dlm masa yg sama dia perlu mnjaga anaknya. Dari raut wajah ibu itu, saya dpt lihat kasih sayangnya yg tumpah utk anknya tersebut. Ye lah..ibu mana tak sayangkan anak!Bayi itu seakan-akan teruja dengan layanan mesra yg dihadiahkan padanya. Bayi itu seolah-olah brkata "Bertuahnya aku punya ibu spertimu"..Bila melihat keakraban dua beranak tersebut, fikiran saya terus tercampak pada nasib bayi-bayi yang tidak mendapat haknya daripada ibu yang melahirkan mereka.

wajah itu tak berdosa!!!
mereka tidak layak mndpat penghinaan sperti ini!!

Apalah nasib bayi-bayi yang dibakar hidup-hidup!, dibuang ke dlm longkang!tong sampah!lubang tandas!, dibunuh dan bermacam-macam lagi perbuatan durjana yang dilakukan ke atas mereka. Paling terkejut perbuatan itu dilakukan oleh ibunya sendiri. Tiadakah belas kasihan terdetik dalam naluri seorang ibu sehinggakan sanggup mendurjanakan anak yang dikandungnya sendiri. Bila agama ditolak ke tepi, bila akal berajakan nafsu, bila hidup berpandukan syaitan hilang segala sifat kemanusiaan..

Bila terkenangkan semua ni, kadang-kadang saya rasa haiwan itu lebih sayangkan anaknya daripada manusia. Biarpun mereka tidak mempunyai akal seperti manusia, namun mereka tidak mendurjanakan anak mereka sendiri. Berbeza dengan manusia yg mempunyai akal tapi bertindak seolah-olah hilang akal! Hairan sungguh dengan mereka yang berani melakukan zina tapi bila hasil zina terhasil dibuang begitu saja. Wajah suci yang tak berdosa menjadi mangsa. Belum sempat bernafas dan melihat dunia, mereka sudah dizalimi oleh ibu mereka sendiri. Kalaulah bayi-bayi itu boleh bercakap agak-agaknya apalah yang dia akan cakap pada ibunya yang tidak berusus jantung tue..?

Ada orang yang sudah lama berkahwin, tapi Allah menguji mereka dengan tidak memberikan mereka cahaya mata. Namun mereka ini tetap berusaha dan terus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat. Tapi lain pula dengan orang yang berzina ni. Senang pula dia membuang zuriat-zuriat yang terhasil dalam perut sendiri. Alasannya takut diketahui orang. Padahal ALLAH MAHA MENGETAHUI. Masa buat tak takut pula. Hurm..

Janganlah dekati zina..kerana zina mmbawa pada kehancuran!!

 Zaman sekarang lebih teruk daripada zaman jahiliyyah dulu. Dulu orang jahiliyyah tanam bayi perempuan je..Tapi sekrang bayi perempuan dan lelaki bukan saja ditanam, malah dihenjak!dikerat!dibakar!dipijak! Selagi daulah islamiyyah tidak terpacak, selagi tu lah benda-benda macam ni akan berterusan..Tepuk dada tanya iman!



YA ALLAH, KAU BERIKANLAH KEAMPUNAN KEPADA IBU-IBU BAYI TERSEBUT..KAU TUNJUKKANLAH MEREKA KE ARAH KEBENARAN..


Bila kasih tumpah pada kekasih hati..mari hayati bersama..

Wallahuallam..

~untuk mnjadi yg terbaik, masih belum kumampu..namun ku cuba sdaya upaya~

4 komen anda:

NAQUIB said...

kesian kt baby2 yg kene buang nie...

klu tk nk pon, bg la kt spe2 @ umah penjagaan...

semoga kita terhidar drpd melakukan perbuatan nih..

Nianurani said...

>naquib

betul kata kamu..baby2 tu xsalah pun..yg salah mak2 baby and pakwe2 baby tu..berani buat tapi xnak tanggung..kira dah jadi trend pula..yg jadi mngsa insan kecil trsebut..moga kezaliman ini tidak terus bermaharajalela..amin..

l bro m said...

bila otak letak kat lutut x pe...
ni bila nafsu letak di kepala tu bahayanyerrrr

NiaNurani said...

>bro m
betul ckp bro m tu..bilakah akn berakhir..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponsor