CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Aug 31, 2010

Tanggal 31, AKU BEBAS!!


Assalamualaikum w.b.t..Wah, nampaknya hari ni semua bersemangat ya. Maklumlah hari ni hari sambutan kemerdekaan yang menandakan bahawa kita sudah bebas daripada penjajahan. Tapi benarkah kita sudah benar-benar bebas??Sebenarnya apa erti kebebasan pada mata kalian pada tanggal 31 ini..?Bila tiba hari kemerdekaan ramai orang berlumba-lumba meraikannya, sedangkan erti kemerdekaan tidak difahami. Ya, saya mengagumi jika seseorang itu cintakan tanah air kita kerana kalau bukan kita yang mencintainya, siapa lagi..Namun cukup sedih jika, hari kemerdekaan itu disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak.

Kalau kita imbas sepintas lalau, betulkah negara kita sudah merdeka sedangkan unsur-unsur barat masih bertapak di negara kita. Merdekakah kita sebagai umat Islam jika Daulah Islamiyyah masih belum dapat ditegakkan. Atau erti kemerdekaan ini membawa erti penguasaan halus daripada Barat yang telah membutakan mata kita dengan satu kalimat MERDEKA..Saya masih ingat dahulu(zaman kanak-kanak ribena), saya dan kawan-kawan begitu bersemangat ketika menyambut hari kemerdekaan kerana setiap tanggal 31, kami dilatih begitu. Yang saya tahu, hari kemerdekaan ialah hari kebebasan tanah Melayu daripada penjajahan. Tapi hari ini, saya mula mengerti apa sebenarnya erti kemerdekaan.

Mungkin semalam ramai yang berpusu-pusu ke Dataran Merdeka untuk meraikan hari yang bersejarah ni. Dan ada juga yang memadu kasih tanda meraikannya. Kata mereka "AKU SUDAH BEBAS!!". Adakah anak-anak muda di luar sana menganggap kebebasan ini sebagai satu tiket untuk mereka TERBABAS!!



INIKAH KEBEBASAN YANG DITAFISRKAN!!
SEHINGGA AKHIRNYA JADI BEGINI...
Astaghfirullah!!Inilah akibatnya jika jiwa masih belum bebas daripada belenggu syaitan. 
Kebebasan yang macam inikah yang menjadi dambaan..


Mudah-mudahan tanah airku bakal bebas daripada unsur-unsur jahiliyyah yang menimpa kaum terdahulu. Semoga ISLAM KESELURUHANNYA akan bertapak di negara kita agar erti kebebasan membawa makna yang cukup manis dan indah. Semoga tanah Palestin juga dibebaskan dari rejim Zionis!!Ya Allah, selamatkan bumi al-Aqsa..Salam merdeka untuk ISLAM!!Maaf andai terkasar bahasa, terlebih kata..(",)

"Dan kemenangan itu hanya dari Allah"
(Surah al-Anfal 8 :10)

~untuk menjadi yg terbaik masih belum kumampu, namun kucuba sedayanya



Outlined Text Generator at TextSpace.net

2 komen anda:

farhan ali said...

salam merdeka (:

sama2 kita doakan, moga Allah tautkan hati anak2 muda generasi pewaris bangsa agar tidak terus hanyut dan tertipu dengan istilah merdeka.

jom bebaskan diri dari segala jenis penjajahan.

Musafir Cinta Ilahi said...

>farhan

insya'allah, amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponsor