CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Aug 10, 2010

Kau Ciptaan Terindah!


Aduhai Wanita,
kau ciptaan terindah..
Anugerah daripadaNya,
Yang sememangnya sukakan keindahan..
Tapi mampukah kau jaga keindahan itu..
Sedangkan di luar sana
Ramai yang ingin meragut keindahan yg kau miliki..

Aduhai Wanita,
Celikkan matamu,
Bukakan mindamu,
Agar akalmu seiring dengan kemahuanmu,
Agar langkahmu diiringi keimanan,
Agar hatimu secantik akhlakmu..

Aduhai Wanita,
Jadilah kamu seperti mawar berduri,
Sangat cantik rupanya,
Namun bukan senang utk disentuh
Kerana hanya orang-orang tertentu saja
Yang bisa menyentuh dan menikmati keindahannya..

Aduhai Wanita,
Dirimu sentiasa dianggap insan lemah,
Air mata sering mjadi taruhan,
Namun janganlah kau bimbang,
Kerana kelemahanmu itu adlh satu kelebihan,
Kerana kau ciptaan terindah!

Aduhai Wanita,
Kembalilah pada Tuhanmu,
Dengan serendah-rendah hati,
Menangislah di hadapanNya,
Agar sisa air mata mjadi rahmat buatmu,
Agar cintaNya semakin subur dlm jiwamu..

Aduhai Wanita,
Sayangilah dirimu sendiri,
Jika mahu menyanyangi orang lain,
Peliharalah keindahan yang dimilikimu,
Agar keindahan itu tdk ditimbus arus moden,
Agar keindahan itu tetap menjadi milikmu!!

Kerana Kau Ciptaan Terindah!!
Dan yang menciptakanmu pastinya lagi INDAH!!
MAHA SUCI ALLAH YANG MEMPUNYAI SIFAT KESEMPURNAAN!!




~untuk mjadi yg terbaik belum kumampu, nmun akan kucuba sedayanya~

0 komen anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponsor