CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jul 29, 2010

Misi Dakwah

Salam Liqa'..Semoga shbat2 semua sntiasa brpayungkan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.. Diharapkan juga pada daei-daei spaya tetap tegar dalam menegakkan syariat Allah SWT di atas bumi pinjamanNya ini.

Semua org dah biasa dengan perkataan dakwah ni. Tapi berapa ramai yang faham tentang misi dan matlamat dakwah..Sama-sama kita muhasabah diri kita sendiri. Secara umumnya dakwah adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah Subhaanahu wa ta'ala sesuai dengan garis aqidah, syari'at dan akhlak Islam. Kata dakwah merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan. Kata dakwah sering dirangkaikan dengan kata "Ilmu" dan kata "Islam", sehingga menjadi "Ilmu dakwah" dan Ilmu Islam" atau ad-dakwah al-Islamiyah.


Firman Allah SWT:
" Dan siapakah yang lebih baik perkataannya drpd orang yang menyeru kpd Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, "Sungguh, aku termasuk org2 muslim(yang berserah diri)"
(Surah Al-Fussilat : 33)

Dakwah merupakan kewajipan setiap orang Islam. Kita wajib menyampaikan dakwah kerana di akhirat kelak kita bakal disoal tentang tanggungjawab tersebut. Dalam al-Quran juga ada menyebut tentang tanggungjawab berdakwah ini.

Firman Allah SWT:
"  Kamu (umat Islam) adlah umat terbaik yg dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh(berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah..."
(petikan surah Al-Imran : 110)

Firman Allah SWT:
"Dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata, "Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?" Mereka menjawab "Agar kami mempunyai alasan(lepas tanggungjawab) kpd Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa."
(Surah Al-A'raf : 164)

Ayat di atas jelas membuktikan bahawa kita sememangnya perlu saling menasihati dan memperingati antara satu sama lain. Tapi ada sesetengah org tu, bila dinasihati dia jawab "apa kau kisah!kubur kan masing2!"..Ayat tu dah xboleh digunapakai krna ayat 164 dlm surah Al-A'raf jelas menunjukkan yang kita bertanggungjawab ke atas saudara kita yg lain. Menjadi seorang daei sememangnya memerlukan kesabaran dan keimanan yang tinggi.

Matlamat dakwah secara umumnya menyeru ke arah pengabdian kepada Allah secara keseluruhan. Tapi kenapa pula kita perlu berdakwah??----->"Ala, biarlah org-org yg tudung labuh je la berdakwah."----- "ilmu aku belum cukup lagi, biarlah org-org alim je berdakwah"----"Aku belum bersedia lagi nk berdakwah, nanti bila ade petunjuk aku berdakwahlah"<---Ini adlah kata-kata org yang mahu lari drpd tanggungjawab berdakwah. Setiap manusia di atas bumi ini merupakan khalifah dan sebagai seorang khalifah kita bertanggungjawab menjalankan tugas kita di atas muka bumi ni.

Firman Allah SWT:
"Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku ingin menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata " Apakah kau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, " Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
"(Al-Baqarah:30)

Dalam berdakwah memerlukan organisasi atau jemaah. Organisasi dakwah terbahagi pada dua iaitu organisasi Islam dan organisasi bukan Islam. Organisasi Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah manakala organisasi bukan Islam tidak menepati ciri-ciri Islam. Matlamat berjemaah dalam Islam adlah untuk menegakkan Khilafah Islamiyyah agar kita dapat menikmati kehidupan Daulah Islamiyyah yang sebenar. Jika kita lihat salah satu ciri khusus Islam adalah Syumuliyyah yang bermaksud keseluruhan. Ini bermakna Islam itu syumul meliputi Undang-undang, Pentadbiran, Kehakiman, Pemerintahan, Pelaksanaan hukuman dan mengikut syariatNya. Pelaksanaan tersebut memerlukan kita bergerak dalam bentuk jemaah. Tak mungkinlah kita dapat lakukan seorang diri. Itulah kepentingan berjemaah(organisasi) dalam berdakwah.

Kesimpulannya, dakwah merupakan tanggungjawab kita semua umat Islam dan dalam berdakwah, organisasi(jemaah) amat penting. Semoga dengan sedikit perkongsian ini kita dapat memahami sedikit tentang dakwah ini. Insya'allah peringatan ini untuk saya sendiri dan shabat-shabat semua.

Wallahuallam..

Sahutlah seruan dakwah!!

~sekadar sedikti perkongsian utk muhasabah bersama..untuk jadi yang terbaik juga masih belum kumampu, namun ku akan cuba sedayanya~








0 komen anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponsor