CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jul 22, 2010

Jangan Bersedih

Anda sedang bersedih?? Kenapa ya?? Adakah mereka di luar sana tidak mempedulikan anda..Ataupun anda bersedih disebabkan result exam anda yang kurang memberangsangkan. Susahnya mahu menghilangkan rasa sedih bila emosi menguasai diri. Lebih-lebih lagi bila rasa sedih itu tidak diubati dengan segera. Tapi macam mana nak ubatinya..Telan panadol??Tumbuk diri sendiri??Tempah makanan bnyak2?? Atau.........sorok muka dalam bantal..??mungkin ada di antara kita yg melakukan perkara-perkara tersebut. hurm..sama-sama fikirkan..

Semua org akan ada masa yg dilanda kesedihan..tak kira la apa bentuk kesedihan pun..Tapi kita(saya dan anda) sebgai manusia yg menumpang di ats muka bumi pinjaman Allah seharusnya bijak mengawal kesedihan yg melanda. Jangan terlalu membawa perasaan yg hiba sehingga boleh memudaratkan diri sendiri dan org disekeliling kita. Berbalik kepada diri kita sendiri, mcmana kita mahu mengubati kesedihan itu agr hidup kita hilang kemurungan? Ubatnya amat senang nak dibuat tapi agak susah bagi yg merumitkannya..Saya ingin mengajak anda semua BERCINTA!!!YA CINTA..INILAH UBAT YANG SAYA MAKSUDKAN..

Ooopppsss..jgn salah faham! Saya bukanlah mengajak anda bercinta dengan manusia..Tapi sy ingin mengajak anda semua berCINTA dgn PENCIPTA CINTA, iaitu RABBUL IZZATI..Ramai manusia suka mengejar cinta yg melalaikan drpd mengejar cinta yg suci dan abadi. Ramai juga yg belum sedar kenikmatan dan kebahagian menikmati CINTA ILAHI..SubhanAllah!!Amat indah..Sehinggakan sgla kesedihan dpt dilarutkan dlm lautan yg amat luas..Kenikmatan itu seluas langit terbentang berbanding dgn cinta manusia yg hnya brsifat sementara.

Rasailah kehadiran Allah di dalam setiap kata-katamu, dalam setiap degupan jantungmu, dalam setiap langkahmu, dalam setiap denyutan nadimu, dan dalam setiap kerlipan matamu. Dengan ini anda kan merasa lebih tenang dan tiada lagi kesedihan. Saya bukanlah bermaksud utk menyuruh anda semua jgn bersedih langsung. Tapi biarlah berpada-pada dan kena pd tmpatnya. Para sahabt dulu pun bnyak bersedih tapi mereka bersedih bukanlah kerana meratapi kehidupan di dunia. Mereka sedih memikirkan bagaimana kehidupan di akhirat sana kelak. Alangkah bagusnya air mata kesedihan yg ditumpahkan semata-mata keranaNya. Semoga kita dpt mndalami dan menyulam erti cinta yg sebenar dgn PENCIPTA CINTA agr kita selalu bahagia.

Wallahuallam..

ps:-bila sedih pandanglah ke langit dan lihatlah pergerakan awan..insya'allah hati akn mnjadi tenang..=)
~untuk menjadi yang terbaik masih belum kumampu, namun ku cuba sedayanya..

0 komen anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponsor