Assalamualaikum !
Gadisku...
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasai taman-taman indah lantas menjadi
perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga,
harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang
untuk mendekatimu namun...
Tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang
kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar ,
dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya
serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang
kekaguman terhadap sang kumbang .. tapi awas
duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang
berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......
Gadisku....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar
aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu
dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa
keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk .....
ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah
ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki
tidak melihat kepadanya..
Sesuatu yang tertutup itu
lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu
yang terdedah .... umpama sebutir permata yang
didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang
diletakkan dalam satu bekas yang tertutup ..
sudah pasti nya keinginan untuk melihat permata
yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah ,
wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq
dalam melayari liku-liku kehidupannya
adlah harapan setiap insan yang bernama Adam......
Namun !!
ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi
kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang
dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah
pastinya darah mudamu mecabar rasa keimanan yang ada ...
Namun ingatlah gadisku....
sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya
jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku
engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah.....
Gadisku ....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah
kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu
kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi
perisai yang dapat membentingimu...
Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu
" Tidak ada suatufitnah yang lebih besar yang lebih
bermaharajalela selpas wafatku terhadap kaum lelaki selain
fitnah yang berpunca daripada wanita"....
Oleh itu gadisku setiap langkah dan tindakanmu
hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah,
jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu.....
Sesungguhnya Allah telahmengangkat martabatmu
sebaris dengan kaum Adam...
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan
sentuhan lembut tangan mu.....
Gadisku....
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi
dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani
namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta ..
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang
salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai..
Gejala murtad serta keruntuhan
moral muda mudi sebahgian besarnya kerana sebuah cinta...
Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"
cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam
membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau
meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT ...
Sebelum kau mendekati cinta ,
cintailah dirimu terlebih dahulu,
mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,
yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu
mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah ..
Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan
terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada
penciptamu..
Gadisku......
Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta
terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi
kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan
kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai
tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia
akan bertaut kembali..
Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu
dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu
membina syakhsiah muslimahmu...
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.
Buat akhirnya terimalah kata-kata
seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sbgi renungan bersama :
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian
yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal ,
cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal ,
kecewa, menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta
pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan
yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri"
ps:-utk mnjadi yg terbaik masih belum kumampu..namun kucuba sedaya upaya(^^;)